fbpx

Jimmy sah milik Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMMY rasakan penyertaannya bersama Selangor musim depan mampu beri cabaran baharu buat kariernya. - FB Selangor FC

 

PERTAHANAN kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee mahu mencabar kemampuan dirinya selepas sah bergelar pemain baharu Selangor untuk hadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh juara Piala Malaysia 33 kali itu dan ia menjadi pemain kedua berjaya direkrut Red Giants selepas mengesahkan mengikat perjanjian dengan seorang lagi pemain kebangsaan, V Ruventhiran.

“Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Khuzaimi Piee. Semoga beliau dapat mengukuhkan jentera pertahanan Gergasi Merah untuk Liga Malaysia musim 2023.

“Khuzaimi merupakan pemain terbaru kedua yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ruventhiran baru-baru ini,” menurut kenyataan Selangor.

Ahmad Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Jimmy bukan lagi nama asing dalam arena bola sepak negara, memulakan karier profesionalnya sejak dari tahun 2015 bersama pasukan PKNS FC kemudiannya dipinjamkan ke Syarikat Air Melaka Berhad FC.

Seterusnya, Jimmy kembali menyarung jersi negeri kelahirannya, Melaka sebelum berhijrah dengan menyertai UiTM FC pada 2017 hingga 2019 sebelum aksi cemerlang dengan dengan Negeri Sembilan musim ini berjaya menarik perhatian pengendali negara, Kim Pan Gon.

“Semua tahu Selangor FC merupakan satu pasukan yang besar, jadi saya menganggap ini satu cabaran yang saya sahut untuk diri dan kerjaya saya. Saya seorang yang selalu mempunyai sasaran yang tinggi untuk diri sendiri,” kata Jimmy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI