fbpx

Isu potong usus, Sherry Alhadad mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERRY ALHADAD

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris dengan kenyataannya berhubung penolakan mengambil jalan pintas untuk kurus dengan menjalani pembedahan bariatrik.

Jelas Sherry, dia tidak berniat menyakiti hati sesiapa, sebaliknya tujuan penyiaran sebuah video menyentuh tentang pembedahan bariatrik atau potong usus untuk kurus dibuat bagi membalas soalan peminat berhubung kaedah menurunkan berat badan.

“Ramai tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan. Usaha saya ialah dengan ambil produk itu, selain dalam masa sama ke gimnasium atau buat senaman ringan,” katanya.

Sherry yang enggan orang ramai membuat andaian berat badannya turun disebabkan menjalani prosedur bariatrik mengulas isu viral itu menerusi wawancara dalam program Melodi.

“Video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya menurunkan berat disebabkan kombinasi pengambilan produk dan senaman, bukan buat pintasan usus.

“Ia untuk saya sendiri bagi menjawab soalan di laman sosial serta mereka yang berjumpa saya di luar. Itu saja, bukan kritik orang yang buat pembedahan itu. Tiada langsung niat saya buat begitu.

“Apa pun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan tersebut jika ada mana-mana pihak yang terasa,” katanya lagi.

Selebriti berusia 38 tahun itu turut mengakui kata-katanya dalam video tersebut kurang sesuai sekali gus mencetuskan pemahaman berbeza bagi sesetengah pihak.

“Saya tidak pernah muat naik status atau kutuk sesiapa yang pilih pembedahan bariatik.

“Malah, kalau ditanya, saya akan jawab terpulang kepada individu kerana setiap orang ada pendapat serta cara masing-masing.

“Saya juga akan nyatakan tak buat kaedah itu, tetapi terpulang kepada mereka untuk pilih cara sendiri bagi menurunkan berat badan.

“Terkejut juga apabila ada orang ‘tagged’ saya, cuma bila tengok balik video baru saya faham bahawa ini khilaf saya sebab pilih perkataan kurang sesuai iaitu jalan mudah,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi Datuk Aishah menegur Sherry berikutan kenyataannya berkenaan pembedahan bariatik atau pintasan usus sebagai jalan mudah untuk kurus.

Penyanyi Janji Manismu yang mengakui memilih prosedur tersebut disebabkan mempunyai masalah kesihatan mendakwa terasa hati dengan kenyataan Sherry. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI