fbpx

Iraq bakar enam tan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI-PEGAWAI kerajaan Iraq memusnahkan kira-kira 6 tan dadah di kawasan Nahrawan, dekat Baghdad kelmarin. -- AFP

BAGHDAD – Iraq membakar sekitar 6 tan dadah kelmarin termasuk timbunan besar ganja, pil captagon dan kokain dalam apa yang dikatakan oleh pegawa-pegawai sebagai pemusnahan terbesar dalam tempoh lebih satu dekad

Pegawai-pegawai kerajaan berpakaian sut putih dan pelitup muka menimbumkan dadah ke dalam lubang-lubang yang digali di dalam pasir, mencurahkan minyak tanah dan membakarnya.

Bercakap semasa acara berkenaan di luar sebuah pangkalan tentera dekat ibu kota Iraq, Baghdad, Menteri Kesihatan Saleh al-Hasnawi berkata, ia adalah operasi pemusnahan pertama pada skala tersebut sejak tahun 2009.

Semua dadah itu dirampas oleh anggota pasukan keselamatan di lintasan sempadan dan kawasan lain di Iraq, katanya sambil menambah, sebahagian narkotik itu disimpan selama beberapa tahun.

Pasukan keselamatan telah meningkatkan operasi pembanterasan narkotik sejak beberapa tahun lalu dengan pengumuman penangkapan penyeludup dan rampasan dadah dibuat hampir setiap hari.

Kawasan bersempadan dengan Iran menjadi laluan utama penyeludupan dadah termasuk methamphetamie kristal.

Dalam perkembangan sama, asap hitam menjulang ke udara ketika stok dadah itu dibakar. Ia termasuk 350 kilogram kokain dan 54 juta pil termasuk lima juta pil captagon di samping sejumlah besar methamphetamine kristal dan hashish, kata seorang pegawai kerajaan.

Tambahnya, sebahagian besar dadah yang dimusnahkan itu berasal dari Iran di samping Lebanon dan jiran Iraq, Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI