WASHINGTON – Seorang lelaki di California terbunuh selepas kereta Ferrari yang dipandunya hilang kawalan dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan kenderaan itu terbelah dua, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Robert Nicoletti memandu laju dan gagal membelok di Jalan Santiago Canyon sebelum keretanya melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda berwarna perak dan Toyota biru. Nahas berlaku di kejiranan Gunung Santa Ana di Silverado, Anselmo Templado, kata Pegawai Maklumat Awam Peronda Lebuhraya California kepada saluran berita Fox News Digital.
Nicotti berjaya dikeluarkan dari keretanya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu dua kenderaan lain pula dilaporkan cedera ringan.
Bagaimanapun, alkohol tidak menjadi punca kepada kemalangan maut yang menyebabkan serpihan bertaburan di sepanjang lebuh raya berbukit itu.
Rakaman dari udara di lokasi kejadian oleh saluranberita Fox 11 Los Angeles menunjukkan Ferrari merah itu remuk akibat rempuhan dengan bahagian belakang kenderaan itu tercabut dari tempat duduk penumpang.
Nicoletti adalah seorang jurujual produk pergigian berusia 71 tahun, demikian menurut akhbar online MailOnline. – Agensi