fbpx

Bicara kes gangguan seksual Ebit Lew hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew ketika tiba di Mahkamah Majistret Tenom sebentar tadi. -Foto IVAN AMIRUL

TENOM – Prosiding kes perbicaraan gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersambung hari ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Berlangsung sehingga 22 Disember, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan bangunan mahkamah pada pukul 9.50 pagi menaiki kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam.

Memakai baju kemeja dan seluar serba hitam, Ebit yang ditemani barisan peguamnya kelihatan tenang ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit hadir ke Mahkamah Majistret Tenom bagi mengikuti prosiding perbicaraan kes gangguan seksual yang mengaitkan dirinya.

Terdahulu, Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Menerusi pertuduhan berkenaan, Ebit didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI