fbpx

Banjir: 25,353 orang mangsa di 133 PPS Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu dibuka kelmarin menempatkan seramai 315 mangsa banjir daripada 39 keluarga. -Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 25,353 orang mangsa ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah hari ini.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 6,897 buah keluarga yang berlindung di PPS.

Menurutnya, Pasir Mas masih kekal daerah yang paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 5,322 mangsa diikuti Pasir Puteh (4,379 mangsa), Tumpat (4,202 mangsa) dan Kota Bharu (4,084 mangsa).

“Seramai 3,229 mangsa banjir di Kuala Krai, Tanah Merah (1,387 mangsa), Machang (1,172 mangsa), Bachok (1,158 mangsa) dan Jeli (420 mangsa).

“Daerah Gua Musang masih selamat apabila tiada mangsa banjir dicatatkan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Hanif, air Sungai Kelantan di Tangga Krai menunjukkan penurunan, namun masih berada pada paras bahaya manakala di Tambatan Diraja, Kota Bharu dalam keadaan berjaga-jaga.

Katanya, paras air Sungai Golok di Jenob, Rantau Panjang dan Kuala Jambu menurun hari ini, tetapi masih berada pada paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI