fbpx

Anwar minta pembangkang baca kenyataan Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, semalan. -Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan usul percaya di Dewan Rakyat semalam diminta membaca kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mencabar disahkan keabsahan sokongan Perdana Menteri menyebabkan usul percaya dilakukan di Dewan Rakyat.

“Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Peguam Negara dan Yang di-Pertuan Agong menyatakan tiada keperluan (usul percaya) kerana kenyataan majoriti jelas, tetapi saya tidak melihat hanya kepada keperluan undang-undang atau Perlembagaan, tetapi legitimasi moral.

“Setelah ada keabsahan dan kestabilan politik kita boleh tumpukan perhatian jana pertumbuhan ekonomi yang lebih meyakinkan. InsyaAllah itu yang saya akan lakukan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI