KUALA LUMPUR – Peruntukan khas (bajet mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam. – KOSMO! ONLINE