fbpx

Anjing wira lindungi dua kanak-kanak sesat di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abigail dan Cecilia dilaporkan hilang di Folsom, Louisiana pada Isnin lalu sambil ditemani anjing keluarga mereka, Artemis. - Mary C Bourg/Facebook

WASHINGTON – Seekor anjing peliharaan di negeri Louisiana dipuji sebagai wira kerana melindungi dua kanak-kanak perempuan yang tersesat di hutan selama berjam-jam, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Abigail Bourg, 7, dan adik perempuanya, Cecilia, 4, dilaporkan hilang di Folsom, Louisiana pada Isnin lalu ketika keluar bersama anjing baka Golden Retriever peliharaan keluarga mereka yang bernama Artemis, lapor saluran televisyen CBS News.

“Saya sedang berlari di kawasan seluas 2.4 hektar (6 ekar) dan pada ketika itu menelefon suami dan berkata, mereka hilang,” kata ibu mereka, Mary Bourg.

Polis dan jiran-jiran membantu mencari dua budak perempuan itu selama empat jam sebelum akhirnya berjaya menemui mereka apabila mendengar Artemis menyalak.
Mary memberitahu bahawa Artemis pada awalnya melindungi dua anaknya daripada pasukan penyelamat dengan tidak membiarkan mereka menghampiri.

“Ia mengelilingi mereka, menyalak ke arah pasukan penyelamat untuk melindungi mereka,” katanya.

Dua kanak-kanak itu telah merayau lebih 1.6 kilometer dan anjing itu dilaporkan berbaring berhampiran apabila mereka letih.

Selepas keluarga itu disatukan semula, gadis-gadis itu memberitahu bahawa mereka tersesat ketika cuba berlari bersama Artemis.

“Ia cuba berlari mendahului kami. Kami cuba mengikutinya, tetapi tidak dapat mengejarnya,” kata Abigail. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI