fbpx

Ambulans dipercayai bawa pesakit terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba di tempat kejadian dan keadaan seorang wanita yang dilaporkan parah pada lengan kiri ketika di lokasi kemalangan di Jalan Masjid Negeri, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Sebuah ambulans St. John dipercayai membawa pesakit dilaporkan terbabas lalu terbalik di Jalan Masjid Negeri menghala ke pusat bandar di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang tadi turut tular di media sosial termasuk kumpulan WhatsApp.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, kelihatan seorang wanita dalam keadaan duduk dan parah pada tangan kiri di tempat duduk hadapan.

Kelihatan juga seorang pemandu dalam keadaan tersepit manakala seorang individu lagi berada bahagian belakang tempat duduk pesakit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah ambulans St. John yang terbabas dan melanggar pokok.

“Terdapat empat mangsa terlibat. Tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi dibawa menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS),” katanya

Bagaimanapun, laporan berhubung kemalangan dan status mangsa terlibat akan menyusul nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI