fbpx

10 juta biji telur ayam diimport sehari mulai 22 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pengimportan telur ayam antara 2 hingga 10 juta biji telur sehari mulai 22 Disember ini sehingga bekalan menjadi stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan pengimportan itu bagi membolehkan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang selain memastikan bekalan makanan mencukupi.

“Masalah kita adalah kartel. Meletakkan kepada syarikat-syarikat besar menentukan harga dan pengeluaran. Mesti ada kekuatan politik dan tekad kemaslahatan rakyat diutamakan,” katanya semasa membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI