fbpx

Hospital Sungai Buloh cari waris jenazah Hazman Edros

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris kepada Hazman dicari bagi urusan tuntutan jenazah di Hospital Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Hospital Sungai Buloh sedang berusaha mengesan waris kepada jenazah seorang warga emas yang kini masih belum dituntut di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan hari ini berkata lelaki warga emas berkenaan dikenali sebagai Hazman Edros berusia 62 tahun.

Katanya, warga emas itu merupakan tahanan di Penjara Sungai Buloh disahkan meninggal dunia pada 5 Disember lalu di wad kecemasan hospital itu.

“Pihak Jabatan Penjara telah membuat pencarian waris bagi urusan pengebumian tetapi tiada maklumat keluarga diterima,” katanya.

Pihak hospital meminta waris atau orang yang mengenalinya untuk tampil memberi maklumat di Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sungai Buloh ataupun menghubungi Puan Mumtaz Jehan Abdul Rashid di talian 03-61454333 sambungan 4286 atau Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 sambungan 3100. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI