fbpx

Usul undi percaya PM dilulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan usul undi percaya kepada keabsahan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui undi suara majoriti.

Keputusan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas usul itu selesai digulung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata, seramai 13 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan, dan majoriti pembahas membangkitkan tentang kandungan Perjanjian Persefahaman antara Gabungan Kerajaan Perpaduan.

Kandungan tersebut khususnya tentang klausa yang mewajibkan Ahli Parlimen kerajaan menyokong usul berkaitan keabsahan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI