fbpx

Undi percaya jadi tumpuan Parlimen hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pembentangan usul undi percaya serta pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat antara tumpuan hari pertama persidangan Parlimen bagi Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat.

Usul terbabit dilakukan bagi membuktikan beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 berlangsung dua hari bermula hari ini juga bakal menyaksikan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menang pada PRU15 mengangkat sumpah selain pemilihan Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI