fbpx

Tiga pekerja maut terperangkap bawah tanah di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas terperangkap dalam lubang bawah tanah ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel.

CYBERJAYA – Tiga pekerja kontrak warga Indonesia maut ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2 di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.17 petang di Taman Sains Selangor 2 itu, ketiga-tiga mangsa yang maut adalah pekerja kontrak pemasangan kabel Telekom.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa ditemui pengsan di dalam pembetung pada kedalaman lima meter.

Beliau berkata, sebaik dibawa keluar, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, proses membawa keluar mangsa dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI