fbpx

Tiga kanak-kanak baru berkhatan pindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga kanak-kanak yang baru berkhatan dibantu berpindah ke PPS Masjid Assyakirin, Kuala Ping, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Tiga kanak-kanak yang baru selesai berkhatan cemas apabila rumah datuk mereka tiba-tiba ditenggelami banjir di Kampung Kuala Ping di sini sejak malam tadi.

Dua beradik iaitu Muhamad Wazin Mohd. Yusof,11, dan Muhammad Wazini,9, serta sepupu mereka, Mohamad Khaifariz Baharin,10, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Assyakirin, Kuala Ping di sini.

Datuk mereka, Isa Kasim,72, berkata, ketiga-tiga cucunya itu berkhatan di sebuah klinik di Ajil di sini pada kelmarin.

“Mereka yang masing-masing menetap di Bukit Mentok Kemaman serta Kampung Lerek, Hulu Terengganu mahu dijaga saya dan nenek mereka, Timah Husin,71, sehingga luka berkhatan pulih.

“Tidak sangka pula rumah saya dilanda banjir sehingga memaksa mereka berpindah ke PPS walaupun masih belum pulih berkhatan,” katanya ketika ditemui di PPS Masjid Assyakirin, Kuala Ping di sini hari ini.

Isa berkata, dia sekeluarga amat berterima kasih dengan bantuan pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus membantu mereka dan cucu-cucunya.

Dalam perkembangan sama, Isa memberitahu, keadaan banjir pada waktu ini lebih teruk daripada banjir besar yang pernah melanda Terengganu pada tahun 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI