fbpx

Tanah runtuh: Operasi SAR diteruskan 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat pengesan GPR digunakan dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

HULU SELANGOR – Pencarian sembilan lagi mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands akan diteruskan lagi sehingga 24 jam.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, berkata alat pengesan ‘Ground Penetrating Radar’ (GPR) telah mengesan bendasing di lima ‘point’ utama.

“Kita mendapat bantuan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mengesan baki mangsa yang masih belum ditemui.

“Susulan itu, kita mendapat lima ‘point’ utama hasil pengesanan daripada GPR dan telah membuat penandaan.

“Oleh itu, pencarian malam ini akan diteruskan di sektor A dan C,” katanya dalam sidang akhbar malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kekuatan anggota dan pergerakan akan dikurangkan dalam memastikan tahap keselamatan pasukan penyelamat terjamin.

Jelasnya, hanya lima ‘point’ utama akan diberi penumpuan setelah berjaya dikesan oleh GPR.

“Setakat ini masih tiada berita baik, tetapi sama-sama kita berdoa supaya malam ini ada sesuatu yang positif dalam mencari mangsa-mangsa hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI