fbpx

Tanah runtuh: Cuaca baik, operasi SAR diteruskan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR di tapak tragedi tanah perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang di lokasi tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Higlands, akan diteruskan lagi ekoran cuaca baik hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, dalam satu sidang akhbar kira-kira 6.30 petang tadi.

Jelasnya, ia ekoran cuaca kelihatan baik, dengan berbekalkan kekuatan seramai 125 pegawai dan anggota yang terlibat pada hari keempat hari ini.

“Selain itu, hari ini kita telah menggunakan 11 jentera berat (eskavator) dan sembilan unit anjing pengesan (K9) untuk mencari dan mengesan baki sembilan orang mangsa yang hilang.

“Buat masa ini, tiada perkembangan terbaharu dapat saya sampaikan. Walau bagaimanapun, kami bertungkus-lumus dan tidak hilang keyakinan untuk sentiasa meningkatkan usaha mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang,” katanya.

Ujarnya lagi, operasi yang terpaksa dirombak sehingga hari keempat adalah ekoran hujan lebat pada semalam dan kelmarin membuatkan operasi tertangguh.

Dalam pada itu beliau turut berkata, Jabatan Psikologi dan Farmesetik dari Hospital Selayang juga telah membuka pusat kawalan untuk memberi bantuan kepada anggota daripada segi semangat dan kawalan emosi.

Terdahulu Kosmo! juga ada melaporkan bahawa waris mangsa yang hilang tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 4.17 petang tadi.

Suffian mengesahkan, individu yang hadir tersebut sememangnya waris dan keluarga mangsa yang datang untuk membuat pengesahan.

“Mangsa yang masih hilang berumur 60-an merupakan ayah kepada pengadu atau waris. Mereka datang untuk membuat pengesahan identiti mangsa.

“Sebelum ini pengadu ada membuat laporan polis di Balai Polis Gohtong Jaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI