fbpx

Sesat sejak semalam ketika daki bukit Pulai Hijauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pendaki berusia 56 tahun hilang sejak semalam selepas keluar mendaki berseorangan di kawasan Pulai Hijauan, Skudai, Johor sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pendaki lelaki berusia 56 tahun hilang sejak semalam selepas keluar menjalankan aktiviti pendakian secara berseorangan di kawasan Pulai Hijauan, Skudai, dekat sini.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Khairi Zainudin berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 8.53 malam.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota melibatkan beberapa agensi.

“Kakak mangsa memaklumkan mangsa keluar mendaki seorang diri pada pukul 7 pagi dan menggunakan laluan pintas ditunjukkan seorang rakan untuk sampai ke puncak gunung.

“Pada pukul 7 malam, kakak mangsa menghubungi rakan-rakan adiknya dan bertanyakan keadaan mangsa sebelum dimaklumkan mangsa sesat dan hilang ketika dalam perjalanan pulang.

“Kemudian pada pukul 8 malam, kakak mangsa menerima panggilan telefon daripada mangsa yang sempat memberikan lokasi terakhir melalui aplikasi WhatsApp sebelum telefon bimbitnya kehabisan bateri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, operasi mencari dan menyelamat dijalankan seramai 31 pegawai dan anggota daripada beberapa agensi berlainan antaranya bomba, polis, tentera dan juga Syarikat Air Johor (SAJ).

“SAR dijalankan bermula pukul 9.30 malam semalam menggunakan teknik ‘jungle tracking’, selain tentera melepaskan tiga das tembakan bagi memaklumkan kehadiran pasukan pencarian selain pencarian di kawasan tasik menggunakan bot.

“Mangsa telah dikenali sebagai Lee Chin Chai dan operasi SAR masih diteruskan sehingga kini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI