fbpx

Ramli, Alice dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Ramli dan Alice.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md. Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dengan menyaksikan Ramli memperoleh 148 undi manakala Alice mendapat 146 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili blok pembangkang hanya memperolehi 74 undi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Alice daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI