fbpx

Politik wang berlaku di setiap pilihan raya – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI berkata politik wang sentiasa berlaku dalam setiap pilihan raya. - AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan bahawa politik wang sentiasa berlaku dalam setiap pilihan raya umum di Indonesia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Jokowi meminta Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) melibatkan penyertaan masyarakat dalam menangani amalan kotor itu.

“Penyertaan masyarakat adalah penting dalam mengatasi politik wang. Hati-hati banyak kejadian berhubung perkara ini.

“Ia menjadi penyakit kerana sentiasa ada,” kata Jokowi ketika menghadiri Mesyuarat Konsolidasi Nasional Bawaslu 2022 di Jakarta kelmarin.

Beliau tidak yakin bahawa amalan itu sudah tidak berlaku kerana berdasarkan pengalamannya ketika pilihan raya, politik wang sentiasa berlaku.

“Saya pernah sertai pilihan raya tempatan, pemilihan datuk bandar dua kali, pemilihan gabenor dua kali dan pemilihan Presiden dua kali. Jadi kalau orang kata tiada politik wang, saya beritahu ada,” katanya.

Jokowi meminta Bawaslu secara aktif membanteras politik wang. Menurutnya, jika politik wang diabaikan, ia boleh merosakkan demokrasi.

Dalam pada itu, Jokowi turut mengingatkan Bawaslu supaya tidak menimbulkan keresahan orang ramai sehingga berat hati untuk keluar mengundi calon pilihan. Beliau juga tidak mahu peserta pilihan raya was-was ketika berkempen. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI