PETALING JAYA – Polis menahan seorang individu di Georgetown, Pulau Pinang semalam kerana disyaki membuat panggilan palsu ancaman bom.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung panggilan palsu ugutan bom ke atas sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.
“Pada tangkapan tersebut polis turut merampas dua buah telefon bimbit jenis Nokia daripada suspek.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (Kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, suspek kini direman selama tiga hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu katanya, motif kejadian masih dalam siasatan polis. – KOSMO! ONLINE