fbpx

Piala Dunia: Tiada apa perlu dimalukan – Regragui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGHRIBI dianggap pasukan yang paling cemerlang pada pentas Piala Dunia kali ini apabila mara ke separuh akhir biarpun tidak dianggap sebagai pasukan pilihan. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Maghribi, Walid Regragui menegaskan kejayaan pasukannya muncul pasukan keempat terbaik di Piala Dunia kali ini sebagai bukti The Atlas Lions kini sudah muncul sebagai pasukan elit bola sepak antarabangsa.

Josko Gvardiol dan Mislav Orsic muncul wira Croatia untuk menewaskan Maghribi 2-1 pada penentuan tempat ketiga, manakala Achraf Dari menghasilkan gol tunggal buat wakil Afrika itu.

Layak ke separuh akhir menjadi pencapaian terbaik pernah dicatatkan wakil Afrika dan Regragui yakin persembahan Maghribi kali ini menunjukkan pasukannya sudah boleh dianggap sebagai kuasa besar dalam arena bola sepak global.

“Pagi esok kita akan melihat dari sudut lain dan sedar yang kami sudah pun meraih pencapaian hebat di Piala Dunia. Kami menentang Croatia dua kali dan lawan itu adalah salah satu daripada tiga pasukan terbaik dunia.

“Kami kini sudah ada objektif untuk memenangi Piala Dunia. Maghribi sudah tunjukkan yang kami mampu pergi jauh dan sekarang kami adalah empat pasukan terbaik di dunia,” katanya.

Piala Dunia kali ini mencipta cerita penuh warna-warni buat The Atlas Lions yang mencipta pelbagai kejutan termasuk menewaskan pasukan pilihan seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal sebelum tewas kepada Perancis di peringkat separuh akhir.

Regragui menjelaskan, pengalaman kali ini akan mematangkan dirinya untuk cuba mencapai kejayaan pada masa akan datang.

“Jujurnya saya tidak boleh kata apa-apa. Pada awalnya kami hanya ada 0.01 peratus untuk memenangi kejohanan ini, tetapi kami mampu mara ke peringkat separuh akhir.

“Kami menentang beberapa negara kuasa besar dan sudah pasti saya boleh menerima keputusan ini. Saya masih kekal sehingga 2026 dan dengan pe­ngalaman ini, ia mungkin akan menyaksikan perubahan,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI