fbpx

Piala Dunia: Perancis akan kembali – Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kylian Mbappe berjaya memenangi kasut emas selepas meledak lapan gol pada Piala Dunia kali ini. - Foto Twitter Mbappe

DOHA – Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe kekal positif dengan potensi skuad kebangsaan negaranya untuk bangkit semula pada masa depan selepas tewas menerusi penentuan penalti 2-4 kepada Argentina dalam aksi final Piala Dunia awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Lusail itu, skuad Argentina meraih gol awal menerusi ledakan Lionel Messi dan Angel di Maria sebelum Kylian Mbappe meledak dua jaringan pada babak kedua untuk memastikan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad Les Bleus dengan gol peribadi tetapi Perancis bangkit sekali lagi apabila Mbappe meledak jaringan hatrik dengan mengikat aksi 3-3 sebelum juara bertahan itu tewas menerusi penentuan penalti 2-4.

Pemain berusia 24 tahun yang mewakili kelab Paris Saint-Germain (PSG) itu telah mengeluarkan kenyataan pertamanya susulan tewas pada aksi final menerusi laman sosial Twitter.

“Kami (Perancis) akan kembali,” ciap Mbappe secara ringkas.

Penggempur utama yang telah membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia edisi 2018 telah memenangi kasut emas pada kejohanan kali ini selepas meledak lapan gol keseluruhan.

Malah, dia juga menyamai rekod yang dilakukan oleh penyerang legenda England, Geoff Hurst selepas menjadi individu kedua meledak hatrik dalam pentas final Piala Dunia sepanjang sejarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI