fbpx

Piala Dunia: Evra nasihatkan Ronaldo bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO perlu mempertimbangkan pilihan untuk bersara selepas siri kekecewaan dalam kariernya termasuk kegagalan Portugal di Piala Dunia. – AFP

DOHA – Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Manchester United, Patrice Evra mengakui tidak terkejut jika bintang sensasi Portugal itu mengumumkan persaraannya dalam masa terdekat.

Ronaldo kini masih belum memiliki kelab selepas disingkirkan oleh United gara-gara temu bual penuh kontroversi bersama Piers Morgan sebelum ini menyebabkan dia masih belum mempunyai majikan baharu serta terpaksa berdepan kekecewaan ekoran kegagalan Portugal di Piala Dunia.

Pemain berusia 37 tahun itu sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk beraksi sehingga usia 40 tahun apabila percaya kemampuan fizikalnya masih mampu untuk bertahan bagi mengharungi aksi kompetitif.

Bagaimanapun, persembahannya yang semakin menurun sejak awal musim ini menyaksikan dia dikritik hebat, malah ramai yang percaya dia sudah tidak mampu untuk terus kekal dalam aksi kompetitif khususnya di Eropah.

Evra sebelum ini menjadi antara individu yang kekal mempertahankan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or sehingga saat terakhirnya di Old Trafford, namun situasi yang berlaku menyebabkan bekas pemain pertahanan itu percaya ini adalah masa terbaik untuk Ronaldo menamatkan kariernya.

“Apabila saya bercakap de­ngannya, saya tidak pernah menanyakan mengenai apa yang dia akan lakukan nanti. Kami selalunya bercakap mengenai kehidupan dan keluarga. Jadi, saya tidak tahu apa perancangannya.

“(Lionel) Messi sudah memberitahu bahawa dia akan bersara dari Piala Dunia, tetapi saya tidak tahu adakah Ronaldo juga akan berbuat demikian.

“Selalunya, apabila anda menerima kritikan hebat pada hujung karier, anda akan membuat keputusan untuk bersara. Ia adalah satu perasaan dan petanda apabila anda sudah tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

“Ini adalah impian Ronaldo (menjulang Piala Dunia), tapi dia tidak mampu melakukannya. Walaupun saya tidak bercakap de­ngannya, saya tidak terkejut jika dia mengumumkan persaraannya.

“Apa yang dilakukannya ketika ini serba tidak kena, dia dianggap pemain yang tidak baik, jadi bersara mungkin pilihan yang baik untuknya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI