fbpx

Penyokong Perancis merusuh selepas kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawal jalan Champs-Elysees selepas kekalahan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang Argentina di tengah Paris semalam. - AFP

PARIS – Anggota-anggota polis lengkap bersenjata menggunakan gas pemedih mata di Paris malam semalam dalam kekacauan yang tercetus selepas kekalahan pasukan bola sepak negara itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina, lapor portal berita MailOnline.

Peminat bola sepak dilaporkan turun beramai-ramai ke jalan raya terbesar di negara itu di Paris, Lyon dan Nice selepas perlawanan.

Pasukan polis cuba menyuraikan gangguan di jalan Champs-Elysees ketika suar dan bunga api dinyalakan, lapor akhbar The Sun.

Beberapa pertempuran tercetus. Gambar di media tempatan menunjukkan anggota-anggota polis memukul penyokong menggunakan belantan. Kelihatan seorang lelaki sedang diiring pergi selepas diberkas.

Kira-kira 14,000 anggota polis keluar bertugas di seluruh Perancis malam itu untuk menjamin keselamatan.

Jalan Champs-Elysees merupakan tempat sambutan besar semasa kejayaan Perancis sebelum ini yang menjuarai Piala Dunia pada 1998 dan 2018, dengan 600,000 orang bersorak dan menari di lokasi itu empat tahun lalu.

Laluan ditutup kepada lalu lintas semalam dan 2,750 anggota polis ditempatkan di kawasan itu.

Di Argentina pula, ratusan ribu penyokong bola sepak membanjiri jalan-jalan di Buenos Aires bagi meraikan kemenangan besar menerusi sepakan penalti yang menyaksikan pasukan  negara itu muncul  juara dunia buat kali pertama sejak 1986. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI