fbpx

Penunggang maut, pembonceng parah motosikal terbabas sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian motosikal terbabas sendiri meragut nyawa penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Kepong - Sungai Buloh, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas motosikal Y15ZR yang ditunggang mereka dipercayai terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Kepong -Sungai Buloh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Petaling Jaya menerima laporan polis berkenaan kemalangan tersebut pada pukul 5.46 pagi.

Katanya kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 15ZR yang ditunggang dua lelaki tempatan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 5.35 pagi ketika motosikal dinaiki mangsa yang berusia 28 dan 25 tahun dipercayai terbabas sendiri semasa berada di lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Mohamad Fakhrudin memaklumkan kepada sesiapa yang melihat atau berada di lokasi terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi bantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI