fbpx

Peminat bola tak bertamadun, rosakkan kelengkapan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dikongsikan di Facebook menunjukkan antara kerosakan di sebuah restoran di Kota Kinabalu, ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022.

PETALING JAYA – Seorang pengusaha restoran di Kota Kinabalu kesal dengan sikap tidak bertamadun peminat bola sepak yang bertindak merosakkan beberapa kelengkapan di restoran miliknya.

Shihan Salim menerusi Facebook, turut berkongsi beberapa rakaman menunjukkan beberapa kerusi dan dinding kedai yang rosak teruk selepas dibuka kepada pengunjung bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022, malam tadi.

“Kamu datang tengok bola atau merosakkan harta benda. Kita sediakan kemudahan untuk meriahkan semangat bola, tetapi kamu merosakkan harta benda kedai.

“Nanti kita tunjuk muka-muka mereka yang bukan datang memberikan sokongan, tetapi sengaja mencemarkan semangat bola itu sendiri. Kalau beginilah, fikir kita mahu tayangkan bola ke tak akan datang,” ujarnya.

Perkongsian Shihan itu turut menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung itu sekali gus merosakkan imej peminat bola sepak yang lain.

“Ada televisyen litar tertutup (CCTV) restoran itu? Lapor polis kalau orang itu tidak mahu tanggungjawab. Suruh dia bayar yang dia kasi pecah itu. Bikin malu orang Sabah ja. Kasi ‘viral’ muka-muka monyet,” kata Mon Kirana, geram.

“Lebih-lebih sudah. Ambil alasan bola untuk lepaskan tabiat-tabiat dan perangai syaitan,” komen Chester Kong.

“Tiada prihatin langsung. Lepas tengok bola main terajang sana sini. Harta restoran jadi mangsa. Dibagi kesenangan tengok bola ini yang jadi. Semoga dapat cari mereka untuk ganti harta restoran yang mencari rezeki dan sesuap nasi,” ujar Aziz Rozalie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI