fbpx

Peminat bola sepak hangatkan suasana final Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (depan, dua dari kiri) meraikan gol pertama Argentina jaringan Lionel Messi di Tigre Arena World Cup Mini Fiesta sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 peminat bola sepak berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina menentang Perancis menerusi layar gergasi di Tigre Arena di sini sebentar tadi.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung di Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022 yang berlangsung sejak pukul 8 malam tadi termasuk perlawanan bola sepak gimik final Piala Dunia.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia menerusi layar gergasi pada program tersebut ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengarah Urusan Tiger Sporting Empire, Nurikhzan Ahmad Yahaya berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan program itu bagi memeriahkan lagi ‘demam’ Piala Dunia bagi peminat bola sepak tempatan.

“Malam ini adalah kemuncak bagi Piala Dunia 2022, kami di Tigre Arena tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana dan mengambil inisiatif menganjurkan Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022.

“Acara kemuncaknya menyaksikan perlawanan akhir di layar gergasi. Sebelum itu, kita anjurkan perlawanan gimik final, perlawanan projek tongkat dan perlawanan melibatkan bekas pemain Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganjuran Tigre Arena World Cup Mini Fiesta 2022 itu bertujuan memperkenalkan lagi venue tersebut kepada umum yang merupakan pusat pembangunan bola sepak yang mempunyai fasiliti lengkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI