fbpx

Parlimen: Hanya bazir masa jika terus bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Tempoh lima tahun pembentukan Kerajaan Perpaduan bakal dibazirkan sekiranya Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat di Parlimen masih bergaduh dan tidak berpuas hati berkenaan lantikan Perdana Menteri serta penubuhan kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abd. Ghani berkata, negara akan terus berada di bawah negara-negara jiran lain terutamanya Indonesia jika terus bersikap tidak puas hati isu lantikan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

“Undi percaya bagi saya adalah amat penting walaupun tidak perlu diadakan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan yang diwujudkan ini benar-benar stabil untuk tempoh lima tahun akan datang serta peristiwa penukaran sebanyak tiga kali Perdana Menteri tidak akan berlaku lagi.

“Dalam konteks pembangunan negara, sudah tentu negara-negara yang ingin dibangunkan mempunyai kestabilan dalam politik.

“Kestabilan politik adalah satu resepi yang amat penting untuk mana-mana negara membangunkan ekonomi, terdapat tiga cara untuk bangunkan ekonomi iaitu yang pertama kestabilan politik, kedua perlu satu pasukan yang berpengalaman dan ketiga adalah pasukan yang mempunyai integriti dan kredebiliti,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Undi Percaya Terhadap Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Johari lagi, dalam tempoh empat tahun setengah sebelum ini, negara sudah tertinggal ke belakang jika dibandingkan negara lain di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak berkembang.

“KDNK perkapita kita tidak berkembang iaitu hanya dalam masa empat tahun – 0. 1 peratus jika dibandingkan dengan Indonesia, Vietnam dan Filipina.

“Sebelum ini empat negara tersebut terbelakang jika dibandingkan dengan Malaysia ketika kita membina negara ini selama 61 tahun sebelum 2018,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI