fbpx

Luahan Pembaca: Semenyih membangun tapi sayang tiada hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI Hospital Kajang inilah, penduduk di Semenyih terpaksa bersesak dengan pesakit dari lokasi lain bagi mendapatkan rawatan.

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN baharu diharap memahami keperluan penduduk Semenyih, Selangor untuk memiliki sebuah hospital di daerah tersebut.

Semoga Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan sedia ada cakna berbanding banyak kerajaan terdahulu dan bersedia untuk merealisasikannya.

Keperluan sebuah hospital dibina di Semenyih bagi menampung populasi penduduk yang semakin bertambah adalah berasas.

Pembinaan Hospital Semenyih sejajar dengan begitu banyak kawasan perumahan baharu kini dibuka sehingga ke Beranang.

Hospital terdekat untuk penduduk Semenyih adalah Hospital Kajang yang semakin sesak dengan jumlah pesakit.

Sejak saya berpindah ke Semenyih pada tahun 2007 telah mendengar cerita mengenai Hospital Semenyih bakal dibina di kawasan Broga.

Barangkali Menteri Kesihatan baharu dapat meneliti semula cadangan berkenaan yang tentu akan memanfaatkan penduduk Semenyih dan kawasan sekitarnya.

ORANG KUAT
Semenyih Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI