fbpx

Korea Utara lancar dua misil balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 18 November lalu menunjukkan misil ICBM baharu Korea Utara yang dinamakan Hwasong Gun 17. -- AFP

SEOUL – Korea Utara membedil dua peluru berpandu balistik semalam, kata tentera Seoul, beberapa hari selepas Pyongyang mengumumkan kejayaan ujian bahan api pepejal untuk sistem persenjataan baharunya.

Ketegangan di Semenanjung Korea melonjak tahun ini selepas Pyongyang melancarkan siri ujian senjata, termasuk pelancaran peluru berpandu antara benua (ICBM) paling canggihnya bulan lalu.

Ketua-Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, pihaknya mengesan dua misil balistik dilancarkan dari kawasan Tongchang-ri wilayah Pyongan Utara.

Kedua-dua misil itu dilancarkan dari pukul 11.13 pagi hingga 12.05 tengah hari (waktu tempatan) ke Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

“Tentera kami telah meningkatkan kewaspadaan dan pemantauan serta bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat,” kata JCS dalam kenyataannya

Pelancaran semalam berlaku beberapa hari selepas Korea Utara menguji motor bahan api pepejal dengan media Pyongyang menyifatkannya sebagai ujian penting untuk pembangunan sistem persenjataan strategik jenis baharu.

Di sebalik sekatan ketat antarabangsa berhubung program senjatanya, Korea Utara telah membina lebih banyak ICBM. Semua misil ICBM Pyongyang dijana bahan api cecair, bagaimanapun pemimpin tertinggi, Kim Jong-un memberi keutamaan kepada pembangunan enjin bahan api pepejal untuk peluru berpandu lebih canggih.

Jong-un berkata pada tahun ini bahawa Korea Utara akan memiliki senjata nuklear paling berkuasa dan mengisytihartkan negaranya sebagai kuasa nuklear ‘tanpa berpatah balik’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI