fbpx

KGT anggota perkhidmatan awam perlu ditingkatkan RM180 atasi kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tengah) bersama barisan baharu kepimpinan Cuepacs bagi tahun 2022 hingga 2025.

SHAH ALAM – Kenaikan gaji tahunan (KGT) anggota perkhidmatan awam rendah perlu disemak semula bagi menjamin kebajikan mereka di negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), Datuk Adnan Mat, berkata, setakat ini mereka hanya menerima antara RM80 hingga RM320 yang merupakan kenaikan interim atau sementara yang telah dipersetujui selepas Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan sejak 2012.

“Kos sara hidup mengikut Jabatan Perangkaan mendapati meningkat RM115 sebulan. Maka dengan kenaikan RM80 itu sudah tidak munasabah dan kerajaan perlu unjurkan (kenaikan baharu).

“Konvesyen Cuepacs telah cadangkan perlu kenaikan tangga gaji baharu kepada anggota perkhidmatan awam dengan minimum KGT kepada RM180 setahun kepada gred paling rendah,” katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan Cuepacs bagi tahun 2022 hingga 2025, hari ini.

Pada pemilihan tersebut, Adnan terus diberikan kepercayaan mengetuai Cuepacs selepas meraih 1,108 undi menewaskan Zulkifli Mohamad dari Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUiTM) yang memperoleh 331 undi. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI