fbpx

Jack Harlow lelaki yang baik – Dua Lipa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA Lipa dan Jack Harlow.

TERBAHARU, penyanyi sensasi Dua Lipa dikhabarkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap terkenal, Jack Harlow.

Gosip tersebut timbul tidak berapa lama selepas penyanyi berusia 27 tahun itu putus cinta dengan kekasihnya, Travis Noah.

Difahamkan, Lipa mulai rapat dengan Harlow sejak sebulan lalu dan hubungan kedua-duanya dilihat semakin serius.

Malah, penyanyi yang popular menerusi lagu New Rules itu sendiri mengakui bahawa Harlow merupakan seorang lelaki yang baik dan dia selesa berkawan dengannya.

“Saya bertemu dengan Harlow di Variety Hitmakers pada bulan lalu. Dia merupakan seorang yang baik dan saya selesa berkawan dengannya.

“Setiap kali keluar bersama, itu adalah masa yang terindah buat kami,” ujarnya.

Lebih membuatkan Lipa teruja apabila penyanyi rap berusia 24 tahun itu menulis sebuah lagu tentang dirinya.

“Dia sungguh romantik kerana menghasilkan sebuah lagu tentang saya.

“Bahkan dia juga memberi peluang kepada saya untuk mencipta sendiri judul lagu tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI