fbpx

Hari pertama Dewan Rakyat sudah kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan.

KUALA LUMPUR – Persidangan pertama Dewan Rakyat mencetuskan kekecohan selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ketegangan berlaku selepas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengemukakan ‘point of order’ agar tidak menggunakan Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mempengaruhi Dewan Rakyat selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri telah diperkenankan.

Shahidan berpandangan, perkara tersebut melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 36(7), dan meminta Anwar menjadi Perdana Menteri tanpa perlu mengemukakan usul percaya, jika diyakini mempunyai keabsahan.

“Bagi kami pada pandangan kalau Agong sudah absah (pelantikan Anwar), buat apa nak bawa sini. Jadilah Perdana Menteri, tak perlu absah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzah berkata keputusan mengemukakan undi percaya dibuat kerana baginya Anwar mempunyai keberanian.

“Perdana Menteri kelapan (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dulu tidak berani nak bawa (undi percaya) tahu isytihar darurat memang tidak berani.

“Sebab kita berani Perdana Menteri yang ada hari ini berani tak sama seperti yang kelapan dulu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI