fbpx

Dikecam bingit, Janna Nick pertahankan, itu watak jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

SHAH ALAM – Dilabel sebagai pengacara suka menyampuk, selebriti serba boleh, Janna Nick tam[il mempertahankan tindakan yang disifatkannya sebagai ‘watak jahat’ bagi melunaskan tugas mengacara, sekali gus memastikan sesebuah program berjalan mengikut masa ditetapkan.

Menurut Janna, tindakannya yang dikatakan kerap ‘memotong’ atau mencelah komen juri dalam program Famili Duo dibuat mengikut arahan pihak penerbitan dan tugas hakiki sebagai pengacara.

“Mungkin orang persoal mengapa saya lebih-lebih sangat dengan juri, buat juri macam kawan-kawan, kenapa kena bersuara bagi pihak peserta? Hakikatnya, itu semua permintaan penerbit.

“Saya selalu dapat watak jahat dan kali ini saya ambil peranan tersebut, terpaksa potong komen serta menyampuk komen huri.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, saya hanya jalankan tugas oengacara bagi memastikan program ini berlansung selama dua jam,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar Konsert Famili Duo minggu pertama di sini semalam.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu juga menepis dakwaan terlalu mencuba dan meniru gaya pengacaraan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

“Saya tak try hard (terlalu mencuba) sebab ini adalah permintaan penerbit apatah lagi hendak menjadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak pernah.

“Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang akan tiru apa yang Kak Lina buat.

“Sebagai pengacara yang dibayar gaji untuk melakukan perkara tersebut, saya perlu tonjolkan DNA Famili Duo kepada penonton,” katanya lagi.

Menjawab dakwaan netizen yang melabel dirinya sebagai pengacara bingit, dia menjelaskan perkara tersebut berlaku masalah teknikal sehingga memerlukan meninggikan nada suara yang kedengaran seperti menjerit.

“Itu memang diakui kesilapan sendiri. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami masalah sehingga tidak dapat mendengar suara sendiri.

“Ketika itu saya anggap orang tak dengar, dan bercakap dengan lebih kuat.

“Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya kembali normal. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat sebelum memperlahankannya semula,” jelasnya.

Selain itu, pelantun lagu Gatal itu menegaskan tiada guna untuk berkecil hati dengan semua kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, sepanjang Famili Duo berlansung malam tadi, nama Janna menjadi bahan bualan netizen apabila ada yang melahirkan rasa kurang senang dengan cara pengacaraannya dan dilabel sebagai bingit serta kuat menyampuk.

Famili Duo musim kedua yang turut dihoskan Sean Lee yang bersiaran sejak semalam menyaksikan sebanyak tujuh pasangan selebriti berentap selama tujuh minggu bagi merebut hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI