fbpx

Bapa dera, tanam mayat anak sambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang ditahan kerana dipercayai dera sehingga mati anak perempuannya lalu menanam mayat kanak-kanak itu di tepi anak su­ngai di Jalan Bellamy, di sini, minggu lalu, disambung reman sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek yang juga bapa mangsa disambung reman selama lima hari selepas tempoh reman terhadapnya selama tujuh hari sebelum ini, tamat semalam.

“Suspek berusia 40 tahun itu disambung reman sehingga 23 Disember ini,” katanya ringkas.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, suspek dipercayai membunuh kanak-kanak berusia sembilan tahun itu selepas tidak tahan mendengar mangsa menjerit ekoran didera dan dipukul secara kejam olehnya.

Kejadian tersebut berlaku di rumah sewa keluarga itu di Jalan Pudu, di sini, dilaporkan oleh isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Difahamkan, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dipercayai didera menggunakan tali pinggang, disimbah dengan air panas selain dicekik, dipijak serta dipukul dengan tangan.

Mayat mangsa kemudian disumbat ke dalam beg lalu dibawa dengan ke lokasi tersebut dengan berjalan kaki sebelum mengorek tanah dan menanam mayat anaknya di situ.

Tindakan kejam suspek terbongkar selepas isterinya membuat laporan polis dan memaklumkan anak perempuanya yang didera, pada 9 November lalu.

Noor Dellhan Yahaya memaklumkan, suspek, ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 11 November lalu.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di jalan lokasi kejadian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI