fbpx

Banjir: Budak 1 tahun tiga bulan mangsa lemas pertama di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mangsa menangis selepas mangsa yang berusia setahun tiga bulan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak berusia setahun tiga bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas ditemui lemas di Kampung Gual Tok Deh di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 1.03 petang tadi.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa menaiki lori dan dibawa ke hospital sebelum diserahkan kepada pihak polis kira-kira pukul 2.24 petang.

“Seramai empat pegawai termasuk anggota bomba dengan sebuah lori bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Balai Bomba Rantau Panjang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI