fbpx

Banjir: Bomba Kelantan terima dua lori tambahan bantu operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JBPM Kelantan menjalankan operasi menyelamat mangsa berkerusi roda ke sebuah PPS di Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN JBPM

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan menerima dua buah lori sebagai aset tambahan untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, dua buah lori bomba yang didatangkan khas dari Kedah dan Perak untuk digunakan bagi membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, selain itu, pihaknya juga menerima bantuan seramai 27 anggota yang terdiri daripada 15 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dari Kuala Lumpur dan 12 lagi anggota dari Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

“Usaha menyelamat mangsa banjir akan lebih lancar dengan penambahan aset dan anggota di Kelantan.

“Keadaan banjir kali ini berlaku begitu cepat dan luar biasa. Selain itu, kawasan yang tidak pernah berlaku bah turut terjejas akibat banjir kali ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pihaknya turut menjalankan pemantauan berkala di kawasan berisiko dan terjejas teruk termasuk di Pasir Puteh, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli.

Katanya, penduduk perlu segera berpindah ke PPS sekiranya terjejas banjir kerana hujan lebat dijangka akan terus berlaku sehingga 22 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI