fbpx

Abang Viva kesal dikatakan tidak bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan tiba di Kampung Matang, Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

PETALING JAYA – Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva luah rasa kecewa apabila ada individu yang mempersoalkan sekiranya dia tidak ke tempat-tempat bencana bagi menjadi sukarelawan.

Azwan melalui TikToknya baru-baru ini memaklumkan, orang ramai sepatutnya perlu pertimbangkan statusnya kini yang sudah berkeluarga selain kerja sukarelawan bukanlah tugas hakikinya.

“Kalau saya ini ada elaun tak apa juga. Masalahnya kena fikir juga saya ini sudah berkahwin, ada anak dan bini. Nak kena bagi makan.

“Saya ini sukarelawan bukannya ini kerja tetap saya. Korang tak boleh pertikaikan saya turun atau tidak” luahnya.

Bagaimanapun, luahannya itu tetap kurang disenangi segelintir netizen, malah terdapat ada yang berpendapat nada suara Azwan juga sudah berlainan dalam meluahkan soal membantu mangsa banjir sejak sudah berkahwin.

Dalam pada itu, isterinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria turut tampil mempertahankan suaminya dengan memaklumkan Azwan tidak mengungkit tetapi mahu orang ramai memahami situasi dirinya ketika ini.

Bagaimanapun, Azwan melalui Facebooknya dapat dilihat tetap turun padang membantu mangsa banjir di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI