fbpx

Ummi Nazeera pula undur diri dari MN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMMI Nazeera mengikut jejak langkah Jamal Abdillah apabila mengumumkan menarik diri daripada menjadi Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.

PETALING JAYA – Selepas Datuk Jamal Abdillah, kini giliran aktres Ummi Nazeera pula mengambil keputusan menarik diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.

Keputusan tersebut dibuat Ummi, 32, selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

Menolak untuk aktif dalam dunia politik, dia juga hanya akan memberi seluruh fokus terhadap kerjaya seni dan keluarganya.

“Setelah mengambil kira kegusaran daripada para peminat dan pihak-pihak berkepentingan, saya mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional (MN) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga keluarga,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Dalam hantaran sama, pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada MN kerana memilihnya sebagai salah seorang ahli.

“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik saya dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.

“Selain itu, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” katanya lagi.

Pada 15 Disember lalu, nama pelakon drama Risik Pada Hati itu menjadi bualan ramai apabila tersenarai sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN bersama Jamal.

Menurut Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan NGO tersebut.

Annuar berkata, MN adalah NGO berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukanlah parti politik.

Semalam, Jamal mengumumkan menarik diri daripada MN kerana berpendapat dunia politik dilihat tidak sesuai dengan prinsip dirinya sebagai penghibur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI