fbpx

Tiada keperluan adakan PRK Gurun – Speaker DUN Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juhari

ALOR SETAR – Peletakan jawatan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun tidak akan membawa kepada pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Juhari Bulat berkata, keadaan itu disebabkan oleh tempoh berakhir penggal yang terlalu singkat ketika ini.

“Kalau jawatan itu dikosongkan dalam tempoh lebih dua tahun sebelum penggal berakhir, maka kita akan adakan PRK.

“Tetapi kini tempohnya cukup singkat iaitu kira-kira tujuh bulan sahaja lagi sebelum penggal berakhir, jadi mengikut undang-undang tiada keperluan untuk mengadakan PRK,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam satu klip video berdurasi 2 minit enam saat yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Johari memaklumkan yang beliau mengosongkan kerusi DUN Gurun melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Juhari pada 13 Disember lalu.

Johari yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah tidak memaklumkan sebab beliau berbuat demikian, namun tindakannya itu dilihat mempunyai kaitan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengesahkan bahawa dirinya menjadi pilihan PH bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Juhari mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat daripada Johari berhubung perkara tersebut.

“Dengan keputusan tersebut, bermakna kerusi DUN Gurun akan dikosongkan dalam Sidang DUN selepas ini.

“Untuk jawatan Ketua Pembangkang pula, kalangan ADUN pembangkang perlu bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu dan memaklumkan keputusan rasmi mereka kepada saya,” katanya.

Johari sebelum ini baru saja diangkat sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah pada 31 Oktober lalu bagi menggantikan ADUN Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi yang dipecat keahliannya dari Parti Amanah Negara (Amanah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI