SUNGAI BULOH – Sebuah keluarga tidak dapat menahan sebak ketika keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, selepas membuat pengecaman mangsa maut runtuhan tanah Batang Kali, hari ini.
Kelima-lima waris dilihat keluar dengan tangisan sedih pada pukul 11.18 pagi, seminit selepas jenazah salah seorang mangsa dibawa keluar menaiki van Nirvana Care Sdn. Bhd.
Difahamkan, sebanyak 17 jenazah telah dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh di sini, ke tempat pengebumian masing-masing menjadikan baki mayat yang tinggal adalah sebanyak tujuh orang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, kelmarin.
Daripada jumlah itu, setakat pukul 5.30 petang semalam, seramai 24 orang disahkan maut manakala sembilan lagi masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE