fbpx

Tanah runtuh: ‘Saya sangat sedih kerana hilang satu keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mary ketika keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini.

SUNGAI BULOH – “Saya sangat-sangat sedih kerana hilang satu keluarga.”

Demikian luahan salah seorang waris mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Hulu selangor apabila empat ahli keluarganya hilang sekelip mata dalam kejadian terbabit.

Mary Pion, 58, yang berasal dari Machap Melaka berkata, mangsa sekeluarga yang juga anak buahnya itu merupakan pasangan suami isteri termasuk dua orang anak.

“Mereka memang sukakan tapak perkhemahan dan kita tahu mereka pergi berkelah di (Father’s Organic Farm) dengan kawan-kawan.

“Tetapi keluarga kawan dia pun masih belum dijumpai dan mereka adalah kawan sekampung.

“Kita terima maklumat kejadian dari Facebook dan berita. Ketika itu, saya sangat-sangat sedih kerana hilang satu keluarga,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mayat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiga daripadanya kini sudah berada di hospital manakala seorang lagi iaitu anak perempuan mangsa yang berusia 6 tahun masih belum dijumpai.

“Kita amat bimbang dengan keadaan mereka (ketika berlaku kejadian tanah runtuh) dan kita harap jasad mangsa dalam keadaan baik,” ujarnya lagi.

Difahamkan, kesemua mayat itu dijangka dibawa keluar malam ini untuk proses pengebumian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI