fbpx

Tanah runtuh: Pemilik, dua pekerja Father Organic Farm telah dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Father's Organic Farm.

HULU SELANGOR – Pemilik tapak perkhemahan Father Organic Farm, telah dirakam keterangan untuk membantu siasatan berhubung dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di lokasi terbabit, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pemilik tersebut yang berbangsa Cina dan berumur lingkungan 50-an, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, petang semalam, untuk membantu siasatan.

“Selain pemilik itu, dua lagi pekerja lingkungan umur 20 dan 30-an juga turut dipanggil serta soal siasat masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata syarikat tersebut didapati tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tapak perkhemahan daripada Majlis Pembandaran Hulu Selangor (MPHS).

Sehingga kini, usaha pencarian dan menyelamatkan 9 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui telah diteruskan sejak pukul 8.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI