fbpx

Tanah runtuh: Hujan lebat, kabus sukarkan pencarian 9 mangsa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dan anggota Pertahanan Malaysia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

HULU SELANGOR – Keadaan cuaca yang tidak menentu menyelubungi kawasan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands sepanjang hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga ini turut dijangka mengalami kesukaran berikutan hujan lebat diikuti dengan kabus serta angin sejuk pada petang ini.

Walau bagaimanapun, masih tiada perkembangan terkini tentang mangsa baru, menjadikan jumlah mangsa maut sehingga pukul 5.30 petang kekal 24 orang daripada 94 mangsa yang terlibat.

Setakat ini, pengamal media masih lagi menunggu sebarang kemaskini di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di tengah jalan, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI