RAUB – Penduduk di sekitar bandar ini dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di sini.
Kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu menyaksikan runtuhan tanah beserta batu menutupi jalan sehingga ada batu yang terkena pada bahagian dinding belakang premis perniagaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
“Bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.49 petang mendapati terdapat tanah runtuh dan terkena bahagian belakang bangunan kedai.
“Berdasarkan pemantauan bomba mendapati ketinggian tebing yang runtuh adalah kira-kira 15 meter,”katanya.
Menurutnya pihak bomba telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi bagi memastikan kawasan berkenaan selamat. – KOSMO! ONLINE