fbpx

Tanah runtuh: 3 mayat terakhir selesai dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, dibawa keluar dari Jabatan Forensik bagi urusan pengebumian, di Hospital Sungai Buloh, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SUNGAI BULOH – Baki tiga mayat terakhir daripada 24 mangsa maut tragedi tanah runtuh Batang kali telah dibawa keluar meninggalkan pekarangan Hospital Sungai Buloh, di sini sebentar tadi.

Dua van jenazah Xiao En yang membawa tiga mayat itu dilihat beredar pada pukul 9 malam menuju ke lokasi pengebumian.

Difahamkan, kesemua 24 mayat kini sudah selesai dituntut oleh waris keluarga selepas melalui proses bedah siasat dan pengecaman.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 94 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Jumaat lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 24 orang maut dengan sembilan mangsa belum ditemui manakala baki yang lain terselamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI