fbpx

‘Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menyelar tindakan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa berterusan menabur fitnah terhadap kerajaan berhubung memorandum perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Beliau dalam satu hantaran di Twitter berkata, serangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Ketua Srikandinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendakwa usaha yang dibuat kerajaan sebagai diktator adalah kemunafikan politik.

Sedangkan katanya, laungan ‘diktator’ tidak pula dibuat oleh Mas Ermieyati ketika PH menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini.

“Kami dalam PH memahami keperluan kestabilan kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MoU itu.

“Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau. Kita move on, ketepikan politik, fokus khidmat bakti dalam apa jua jawatan yang dipegang, demi masa depan Malaysia,” katanya.

Kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) itu lagi, MoU Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani pada 16 Disember lalu adalah langkah yang tepat untuk menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan dalam mewujudkan kestabilan.

Terdahulu pada Jumaat lalu, lima gabungan parti politik utama iaitu PH; Barisan Nasional (BN); Gabungan Parti Sarawak (GPS); Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani MoU di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI