fbpx

Siti Nurhaliza pukau peminat di Johor, Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA (tengah) bersama Khai Bahar (kiri) serta Aina Abdul (kanan) 'memukau' peminat setia pada malam konsert eksklusif 'A Night To Remember' di Pusat Konvensyen Persada Johor Bahru, Johor, kelmarin dan semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Setelah hampir 10 tahun tidak ‘menghadirikan’ diri ke bumi Jauhar, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, akhirnya kembali mengubat kerinduan peminat menerusi konsert eksklusif di Pusat Konvensyen Persada Johor Bahru, di sini.

Bertemakan ‘A Night To Remember’ konsert yang disajikan selama dua hari bermula kelmarin dan semalam (16 dan 17 Disember) dihadiri bukan sahaja peminat dari Johor, malah Singapura serta Indonesia yang menanti dengan penuh kesetiaan.

Disaat panggung eksklusif itu dibuka, lebih 4,000 peminat bagaikan terpaku dengan persembahan yang disusun atur dengan penampilan serta vokal yang memukau pemilik ‘one and only’, Siti Nurhaliza Tarudin, Khai Bahar serta Aina Abdul.

Meskipun dihimpit dengan gangguan kesihatan, Siti Nurhaliza tetap gagah melantunkan suara lemak merdunya dengan menyajikan 20 lagu malar segar menerusi tiga segmen.

Antara variasi lagu yang bagaikan menggamit memori ialah Nian Di Hati, Bicara Manis, Cindai, Kau Kekasihku serta beberapa lagu baharu termasuk Biarlah Rahsia, Terbaik Bagimu, Aku Bidadari Syurgamu serta Anta Permana.

Halwa telinga peminat tegar turut dihidangkan dengan vokal Khai Bhar yang membuka tirai konsert menerusi lagu popularnya, Bayang, Luluh serta Oh Wanita.

Penyanyi versatil, Aina Abdul turut menyerikan malam penuh gemilang itu dengan alunan suara vokal yang ‘gagah’ melalui lagu Terus Hidup dan Semalam, membangkitkan suhu di dalam dewan yang berprestij itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI